Pakar Refinance Rumah di Malaysia Semakan Percuma & Proses Mudah

Refinancing rumah boleh bantu ringankan tekanan kewangan dan susun semula aliran tunai anda dengan lebih bijak.

Kalau setiap bulan rasa:

  • Gaji masuk → habis untuk komitmen
  • Bayar rumah + kereta + kad kredit + personal loan
  • Nak simpan pun tak sempat
  • Hidup rasa tersepit dan tertekan

…anda bukan sorang.

Ramai pemilik rumah sebenarnya tak ada masalah pendapatan. Masalahnya ialah struktur hutang yang berselerak dan mahal.

Dan di sinilah refinancing rumah boleh jadi satu langkah reset kewangan.

Masalah Yang Kami Selalu Jumpa

  • Ansuran rumah terlalu tinggi
  • Banyak hutang kecil-kecil dengan interest mahal
  • Komitmen bulanan makan lebih 50–70% gaji
  • Setiap bulan hidup dalam mode survive
  • Nak apply sana-sini, tapi tak pasti mana yang betul
  • Pernah cuba, tapi kena reject atau dapat offer tak menarik

Kalau ini bunyi macam situasi anda,

“isu sebenar selalunya bukan tak boleh, tapi tak disusun dengan betul.”

Apa Itu Refinancing?

Refinancing bermaksud “Susun semula loan rumah” anda supaya:

  • Ansuran bulanan boleh jadi lebih rendah
  • Hutang lain boleh digabungkan ke dalam satu komitmen
  • Aliran tunai bulanan jadi lebih longgar
  • Struktur kewangan jadi lebih kemas & terkawal

Ini bukan magic. Ini strategi susun semula menggunakan aset yang anda dah ada, iaitu rumah.

refinace rumah

Kenapa Ramai Orang Salah Langkah Bila Refinance?

  • Terus apply tanpa strategi
  • Pilih bank ikut iklan rate paling rendah
  • Tak kira kos sebenar (legal fee, insurans, lock-in, dsb)
  • Dokumen tak lengkap → delay / reject
  • Akhirnya: jimat sikit di depan, mahal di belakang

Refinancing bukan soal dapat loan baru.

Ia soal struktur yang betul untuk jangka panjang.

3 LANGKAH MUDAH untuk refinance

01

Hantar Dokumen yang diperlukan melalui Whatsapp atau Email.

02

Kami bantu semak nilai rumah & kelayakan anda.

03

Proses kelulusan bank. Tunai lebihan akan di kreditkan ke akaun anda.

Apa Peranan Kami?

Kami bantu bantu anda:

  • Analisis situasi kewangan & hartanah anda
  • Nilai sama ada refinancing sesuai atau tidak untuk anda
  • Susun strategi yang realistik, bukan janji kosong
  • Padankan anda dengan opsyen bank/produk yang sesuai
  • Susun dokumen & aliran proses supaya lebih lancar

Matlamat kami mudah:

👉 Bantu anda buat keputusan yang lebih bijak, bukan sekadar “cuba nasib”.

perkhidmatan-refinancing-rumah

Refinancing Sesuai Untuk Siapa?

01

Pemilik rumah yang nak kurangkan komitmen bulanan.

02

Mereka yang ada banyak hutang mahal (kad kredit / personal loan).

03

Yang nak gabungkan hutang jadi satu bayaran lebih rendah.

04

Yang rasa kewangan makin sempit & tertekan.

05

Yang pernah gagal atau keliru dengan proses bank.

Apa Yang Anda Akan Dapat Bila Hubungi Kami?

  • Semakan awal kelayakan (tanpa bayaran)
  • Cadangan strategi refinancing ikut situasi anda
  • Senarai dokumen yang jelas & tersusun
  • Bantuan proses permohonan
  • Follow-up sehingga ada keputusan daripada pihak bank

Mulakan Dengan Semakan Percuma

Tak perlu teka.
Tak perlu buang masa apply merata.

Biarkan kami semak dulu dan susun pilihan yang masuk akal untuk anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu refinancing rumah?

Refinancing rumah ialah proses menstruktur semula pembiayaan rumah sedia ada dengan tujuan seperti menurunkan ansuran bulanan, menyusun semula komitmen hutang, atau mendapatkan tunai tambahan (cash-out). Semua permohonan tertakluk kepada kelulusan bank.

Siapa yang sesuai buat refinancing?

Biasanya sesuai untuk:

  • Pemilik rumah yang ansuran bulanan tinggi
  • Yang mahu gabungkan hutang (debt consolidation)
  • Yang perlukan tunai untuk tujuan tertentu
  • Atau yang mahu susun semula kewangan dengan lebih sihat

Kami akan buat semakan awal untuk tentukan sama ada ia sesuai atau tidak.

Adakah refinancing pasti lulus?

Tidak. Semua permohonan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak bank, termasuk faktor seperti pendapatan, komitmen sedia ada, rekod CCRIS/CTOS dan nilai hartanah.

Tugas kami adalah bantu susun kes dan cadangkan struktur yang paling munasabah untuk tingkatkan peluang kelulusan.

Saya ada CCRIS / komitmen tinggi, masih boleh cuba?

Boleh buat semakan awal. Setiap kes berbeza. Ada kes yang masih boleh disusun semula, ada yang perlu baiki struktur kewangan dulu sebelum sesuai memohon. Kami akan jelaskan keadaan sebenar dengan telus.

Berapa lama proses refinancing biasanya ambil masa?

Secara umum, proses boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada:

  • Kelengkapan dokumen
  • Proses penilaian bank
  • Penilaian hartanah
  • Proses guaman

Kami akan bantu pantau dan update status dari semasa ke semasa.

Adakah saya perlu keluarkan duit untuk semakan awal?

Untuk semakan awal kelayakan, tiada bayaran dikenakan.

Kos hanya terlibat jika proses diteruskan dan biasanya berkaitan dengan kos guaman, penilaian, atau kos yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.

Apa beza refinancing biasa dengan debt consolidation?

  • Refinancing biasa: Fokus kepada pembiayaan rumah sedia ada (contoh: turunkan ansuran atau tukar struktur).
  • Debt consolidation: Menggunakan refinancing untuk gabungkan beberapa hutang (contoh: personal loan, kad kredit) supaya jadi satu komitmen yang lebih terkawal.

Kami akan cadangkan berdasarkan situasi kewangan anda.

Adakah refinancing boleh turunkan ansuran bulanan saya?

Dalam banyak kes, ya, bergantung kepada struktur baru, tempoh pembiayaan, kadar dan profil kewangan anda.

Namun, ia bukan jaminan. Sebab itu semakan awal penting untuk lihat opsyen paling realistik.

Dokumen apa yang biasanya diperlukan?

Secara umum, bank mungkin perlukan:

  • IC
  • Slip gaji / penyata pendapatan
  • Penyata bank
  • Penyata pinjaman sedia ada
  • Dokumen hartanah

Senarai tepat akan dimaklumkan selepas semakan awal kes anda.

Apa peranan ZAG Advisory / PakarRefinance dalam proses ini?

Peranan kami adalah:

  • Buat semakan awal kelayakan
  • Analisis struktur kewangan anda
  • Cadangkan opsyen pembiayaan yang lebih sesuai
  • Bantu urus proses permohonan dan follow up sehingga selesai

Kami fokus kepada nasihat dan penyusunan kes, bukan sekadar hantar borang.

(Isi borang ringkas. Kami akan hubungi anda untuk semakan awal.)









    Disclaimer: 

    RefinancingRumah.com menyediakan perkhidmatan nasihat dan fasilitasi sahaja. Kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian pihak bank / institusi kewangan serta dokumen lengkap pemohon. Kami bukan pemberi pinjaman.

    Nak saya bantu refinancing rumah anda?